Rayuan syarikat pemfaktoran dibenarkan, KLP diperintah bayar RM21.1 juta
Mahkamah Rayuan di Putrajaya membenarkan rayuan SA Puncak Management dan memerintahkan KL Petrogas membayar RM21.1 juta. Mahkamah memutuskan kemudahan prapemfaktoran adalah pembiayaan hutang yang sah, bukan aktiviti pemberi pinjam wang tanpa lesen.