JKM dan JBALB Selaras Bantuan Air untuk Kawasan Terjejas Kemarau di Sarawak
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) menyelaras bantuan bekalan air ke kawasan yang terjejas akibat kemarau di Sarawak. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah, berkata JKM menyalurkan air minuman dalam botol manakala JBALB membantu menghantar bekalan air ke tangki. Penyelarasan ini penting bagi memastikan penduduk, terutama yang bergantung pada air hujan atau sistem graviti, tidak terputus bekalan air.