Kewangan: Tiada sekatan peruntukan jalan luar bandar, bayaran kontraktor diteruskan
Kementerian Kewangan menafikan wujud sekatan ke atas peruntukan KKDW untuk projek jalan luar bandar, sambil mengakui kekangan pembayaran kepada kontraktor. Peruntukan tahun semasa telah dibelanjakan hampir sepenuhnya, namun tambahan RM300 juta telah diluluskan untuk menyelesaikan tunggakan. Ini susulan pengumuman Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi mengenai Operasi Sifar Tertangguh.