NRES henti pertimbang Lesen Pelanggaran baharu, penguatkuasaan penuh PUB 2014 mulai 2027
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan lagi mempertimbangkan permohonan Lesen Pelanggaran baharu di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 (PUB 2014), berkuat kuasa serta-merta. Menteri Arthur Joseph Kurup berkata arahan itu dikeluarkan bagi memastikan penguatkuasaan penuh PUB 2014 bermula 1 Januari 2027, dan 38 premis masih belum mematuhi peraturan itu.