Sabitan bekas MD syarikat pelancongan dikekalkan, hukuman penjara dikurang kepada 5 tahun
Mahkamah Rayuan di Putrajaya mengekalkan sabitan bekas pengarah urusan kerana menipu 202 orang dalam penipuan pakej umrah dan lawatan ke Mesir bernilai RM434,250. Hukuman penjaranya dikurangkan daripada 10 tahun kepada lima tahun, berkuat kuasa hari ini. Kesalahan itu dilakukan di Kedah, Johor dan Selangor antara 2015 dan 2016.