Bursa Malaysia ditutup tinggi menjelang keputusan OPR BNM
Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Rabu, didorong aktiviti belian saham pada harga rendah, menjelang keputusan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis. Indeks FBM KLCI meningkat 8.20 mata kepada 1,708.74. Pakar pasaran menjangkakan OPR kekal pada 2.75 peratus hingga hujung 2026.