Saifuddin: Agensi penguat kuasa perlu kuasai AI untuk kekal mendahului penjenayah
Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata agensi penguatkuasaan perlu segera menguasai teknologi AI generatif bagi mengelakkan ketinggalan berbanding penjenayah yang turut menggunakannya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Kebingkasan Siber 2026 di Bangi, sambil menambah tahap kesediaan kementerian untuk menerima AI adalah 75 peratus.