Empat kampung di Baling dinaiki air selepas Sungai Iboi melimpah
Hujan lebat berterusan selama hampir empat jam menyebabkan Sungai Iboi melimpah dan menenggelami empat kampung di Baling, Kedah. Enam rumah di Kampung Bendang, Lorong Penghulu Hassan terjejas, namun tiada mangsa dilaporkan dan penduduk tidak dipindahkan kerana air mula surut.