Nutrivera Manufacturing tersenarai dalam 10 finalis SAY ASPIRE 2026
Nutrivera Manufacturing Sdn Bhd, sebuah syarikat makanan tempatan yang diterajui oleh Raja Balqis Raja Lokman, telah berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir Liga Usahawan Eksport Selangor (SAY ASPIRE) Edisi Ketujuh. Syarikat itu bersaing dalam kategori makanan dan minuman dengan produk protein bar. Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, turut hadir sebagai salah seorang juri dalam pusingan akhir tersebut.