Kemboja bekukan AS$300 juta aset sindiket penipuan dalam talian
Berita Harian
Pihak berkuasa Kemboja membekukan lebih AS$300 juta (RM1.2 bilion) dalam akaun bank yang dikaitkan dengan sindiket penipuan dalam talian. Operasi besar-besaran yang dijalankan sejak Julai 2025 itu turut menyaksikan penahanan hampir 30,000 suspek dari 39 negara dan pembatalan lesen 18 kasino.