Pertumbuhan pusat data dijangka buka lebih banyak peluang kerja kontraktor
Berita Harian
Penganalisis RHB Investment Bank, Adam Mohamed Rahim, berkata pertumbuhan pesat pusat data dan perkhidmatan awan dijangka meningkatkan peluang kerja untuk kontraktor di Malaysia. Ini didorong oleh permintaan tinggi untuk bangunan perindustrian di Pulau Pinang dan Johor, serta pelaburan besar dalam projek pusat data seperti yang dirancang oleh Microsoft dan Yondr di Johor.