Kualiti udara Serian mencecah tahap bahaya dengan bacaan IPU 400
Serian di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di negara ini pada 400 setakat 6 petang ini, tahap yang dianggap berbahaya. Beberapa kawasan lain di Sarawak, Sabah dan Labuan juga merekodkan bacaan sangat tidak sihat atau tidak sihat, manakala 37 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan sederhana.