Pemegang saham Well Chip lulus terbitan hak RM120j untuk kembangkan pajak gadai
Pemegang saham Well Chip Group Bhd meluluskan cadangan terbitan hak sehingga 120 juta saham baharu bagi mengumpul antara RM60.8 juta dan RM120 juta. Dana itu akan digunakan untuk mengembangkan rangkaian pajak gadai dan portfolio pembiayaan pajak syarikat.