Lorong Loyang Avenue dibuka semula selepas pembaikan paip air
Lorong di Loyang Avenue menghala ke Changi Village dibuka semula lewat malam 4 Sept selepas PUB selesai menjalankan pembaikan segera pada kebocoran paip air. Penutupan dua lorong yang diumumkan pada 3 Sept itu menyebabkan kesesakan lalu lintas dan penutupan susur keluar berkaitan di TPE.