IPU Serian kekal sangat tidak sihat pada 212, 28 kawasan lain tidak sihat
Kualiti udara di Serian, Sarawak kekal pada tahap sangat tidak sihat dengan bacaan IPU 212 setakat jam 8 pagi. Sebanyak 28 kawasan di seluruh negara, termasuk di Sarawak, Semenanjung dan Sabah, merekodkan bacaan tidak sihat. Empat kawasan mencatatkan bacaan baik, manakala 23 kawasan berada pada tahap sederhana.