Juruterbang maut nahas FDS Sarawak pernah terbangkan PM Anwar semasa PRU15
Kapten Zainol Afiq, yang maut dalam nahas helikopter Flying Doctor Service (FDS) berhampiran Long Lellang, Sarawak, sebelum ini pernah menerbangkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim semasa kempen pilihan raya umum 2022. Seorang bekas rakan sekerja berkongsi berita itu di media sosial, dengan menyatakan juruterbang itu bangga dengan pengalaman tersebut. Helikopter itu membawa empat anggota kesihatan yang bertugas rasmi.