Malaysia tewaskan China 1-0, mara ke separuh akhir Piala Asia Junior dan layak ke Piala Dunia Junior 2027
Pasukan hoki junior kebangsaan Malaysia menewaskan tuan rumah China 1-0 di Moqi, China, untuk menamatkan saingan di tempat kedua Kumpulan B dan mara ke separuh akhir Piala Asia Junior Hoki Lelaki 2026. Kemenangan itu juga memastikan kelayakan automatik mereka ke Piala Dunia Junior 2027 di India. Mereka akan menentang India pada separuh akhir Jumaat ini.