Amaran hujan lebat di Perlis, Kedah, Perak, Selangor dan Johor sehingga 1 tengah hari
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bagi lima negeri sehingga 1 tengah hari ini. Daerah terlibat termasuk Langkawi, Kubang Pasu dan Kota Setar di Kedah; Kerian, Larut, Matang, Selama, Manjung dan Bagan Datuk di Perak; Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Klang di Selangor; serta Pontian, Kulai, Johor Bahru dan Kota Tinggi di Johor. Orang ramai dan pemandu dinasihatkan berhati-hati kerana risiko banjir kilat dan kerosakan angin.