Menteri Sarawak arah SEB siasat aduan bil elektrik naik mendadak
Saluran 122
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Julaihi Narawi mengarahkan Sarawak Energy Berhad menyiasat aduan kenaikan mendadak bil elektrik, termasuk jumlah caj yang luar biasa tinggi, dan memberi penjelasan melalui pengurusan tertingginya. Beliau berkata demikian pada Rabu di sidang media di Kuching sempena Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak 2026. SEB sebelum ini berkata sedia menyemak semula bil yang dipertikaikan.