Dzulkefly: Isu jerebu dibincang di luar agenda mesyuarat menteri kesihatan ASEAN
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata isu jerebu rentas sempadan dibincangkan di luar agenda rasmi Mesyuarat Menteri Kesihatan ASEAN ke-17 di Kuala Lumpur. Beliau berkata perkara itu boleh dibawa ke mesyuarat pegawai kanan, dan Malaysia telah membangkitkannya dengan Indonesia tetapi masih menunggu pengesahan sebelum menggerakkan aset pemadam kebakaran.