Tapak abu gunung berapi Padang Terap di Kedah diwartakan warisan geologi
Abu gunung berapi putih daripada letusan Toba di Sumatera kira-kira 74,000 tahun lalu masih kelihatan di Kampung Padang Nyior, Padang Terap, Kedah. Tapak seluas 1.2 hektar itu diwartakan sebagai warisan geologi Kedah pada 2015, namun pemilik tanah berkata penyelenggaraan terabai kerana usia dan kekurangan dana.