Techna-X akui langgar peraturan penyenaraian Bursa, jualan aset HK RM45j tidak diumum
Techna-X Bhd mengaku tidak mematuhi keperluan penyenaraian Bursa Malaysia kerana tidak mengumumkan perjanjian jualan 50 peratus pegangan dalam Hong Kong Aerospace Beidou New Energy Technology Co Ltd bernilai RM45 juta. Syarikat itu menyatakan perkara itu berlaku akibat kecuaian pentadbiran dan kini menjual saham sama kepada Tess Global Sdn Bhd.