Polis tahan gelandangan bawa parang minta sedekah di Taman Pekan Baru
Seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun ditahan polis selepas dipercayai meminta sedekah sambil membawa sebilah parang di sekitar Taman Pekan Baru, Sungai Petani. Suspek, yang merupakan gelandangan berasal dari Bakar Kapor, dikesan selepas video kejadian itu tular di media sosial dan menimbulkan kebimbangan penduduk. Ketua Polis Daerah Kuala Muda berkata tiada senjata ditemui pada suspek semasa tangkapan.