Umno mahu bekerjasama tetapi tidak mahu bergantung pada parti lain
Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata parti itu terbuka kepada kerjasama politik dengan mana-mana pihak tetapi tidak boleh bergantung atau terhutang budi kepada parti lain. Beliau menyenaraikan empat syarat kerjasama dalam konteks perpaduan Melayu dan Islam, ketika berucap di persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur pada 9 September.