PTPTN perkenal biasiswa BAeK untuk 10,000 pelajar miskin mulai 2026
Kerajaan melalui PTPTN memperkenalkan Biasiswa Anak eKasih PTPTN (BAeK PTPTN), yang menukar pinjaman kepada biasiswa untuk pelajar dari keluarga miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan eKasih. Inisiatif ini bermula 1 Januari 2026 untuk pelajar diploma dan ijazah sarjana muda sepenuh masa di IPTA, dengan peruntukan RM120 juta setahun dan sasaran 10,000 penerima. Dua pelajar yang menerima biasiswa berkongsi lega kerana dapat mengurangkan beban hutang pendidikan.