Empat kawasan di Sarawak catat IPU tidak sihat, jerebu pulih beransur
Hanya empat kawasan di Sarawak merekodkan bacaan IPU tidak sihat setakat 6 pagi Jumaat, menandakan jerebu semakin pulih. Samarahan mencatat 179, diikuti Sarikei (174), Sri Aman (160) dan Sibu (154), manakala 50 kawasan lain di seluruh negara berada pada tahap sederhana.