Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan selesai, Hannah Yeoh minta tunggu kenyataan rasmi
Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong selesai bersidang di Istana Negara, Kuala Lumpur, pagi ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh enggan mengulas hasil mesyuarat itu, termasuk sama ada nasib bekas Perdana Menteri Najib Razak dibincangkan, dan hanya meminta media menunggu kenyataan rasmi.