Zahid: Keindukan pribumi jamin kestabilan dan kerukunan kaum
Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi berkata keindukan pribumi mesti dipertahankan sebagai amanah bagi menjamin kestabilan dan kerukunan hidup antara kaum di negara ini. Berucap pada Ucapan Dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, beliau berkata pendekatan kepimpinan inklusif membezakan UMNO daripada amalan dominasi politik.