UMNO Kedah mahu jumpa Sanusi selepas PAU 2026 bincang kerjasama dengan PAS
UMNO Kedah merancang mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, selepas Perhimpunan Agung UMNO 2026 bagi membincangkan kemungkinan kerjasama antara UMNO dan PAS di Kedah. Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata pertemuan itu akan diatur selepas muktamar PAS di Kota Bharu dan PAU 2026 di Kuala Lumpur selesai, dan sebarang keputusan tertakluk kepada kepemimpinan pusat.