Pengasas Cheekies Enterprise sumbang dermasiswa S$10,000 untuk pelajar RP
Encik Nabill Shukry Johary, pengasas Cheekies Enterprise Pte Ltd, menyumbang S$10,000 untuk dermasiswa bagi pelajar Politeknik Republic (RP). Dermasiswa 'Cheekies Enterprise Bursary' itu dijangka mula diberikan sekitar April 2027, dengan pelajar terpilih menerima $1,500 atau $2,500. Bekas pelajar RP yang pernah menerima bantuan kewangan itu mahu membantu pelajar yang berdepan cabaran kewangan.