Serian di Sarawak mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (API) 220 setakat 5 petang, satu-satunya kawasan di Malaysia dalam kategori sangat tidak sihat. Lima belas stesen lain mencatat bacaan tidak sihat, termasuk Tebedu (199), Lubok Antu (198) dan Lundu (197), berpunca daripada cuaca kering di selatan Asean dan titik panas di Kalimantan serta Sumatra.