IPU Serian 258, lapan lagi kawasan Sarawak tidak sihat
Sarawak kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara tertinggi, dengan Serian mencatat 258 atau sangat tidak sihat setakat 8 pagi. Lapan kawasan lain di Sarawak juga tidak sihat termasuk Sri Aman, Samarahan dan Kuching, manakala 45 kawasan di seluruh negara sederhana. MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga 10 pagi.