Serian catat API 258, Sarawak masih paling terjejas
Tiada kawasan di Malaysia mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (API) berbahaya setakat 9 pagi ini, menurut portal APIMS. Bacaan tertinggi ialah Serian, Sarawak pada 258 atau sangat tidak sihat, manakala lapan lagi kawasan di Sarawak mencatat bacaan tidak sihat termasuk Sri Aman, Samarahan dan Kuching. Hujan lebat di beberapa bahagian semenanjung dipercayai punca langit lebih cerah di sana.