UTM tekankan pembelajaran berasaskan pengalaman untuk kesiapsiagaan graduan
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menekankan pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman bagi menyediakan graduan menghadapi cabaran industri sebenar. Timbalan Naib Canselornya, Prof Dr Mohd Syahrizal Sunar, berkata pelajar didedahkan kepada penyelesaian masalah sebenar melalui kerjasama universiti dengan industri dan agensi kerajaan, termasuk projek UTM Robocon dan UTM Rocketry. Beliau berkata pelan ASCEND 2030 menyasarkan pembangunan bakat global yang berpengetahuan tinggi serta mempunyai nilai kepimpinan dan kebolehpasaran.