PDRM siasat 30 rakyat Malaysia ditahan di Pontianak
Polis Diraja Malaysia akan menjalankan siasatan lanjut terhadap penahanan 30 rakyat Malaysia oleh pihak berkuasa Indonesia di Pontianak, Kalimantan Barat, kerana disyaki terlibat dalam penipuan dalam talian bersindiket. Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata siasatan itu bagi menentukan sama ada mereka bersendirian atau sebahagian daripada rangkaian jenayah terancang, dan kerjasama dengan pihak Indonesia membolehkan tindakan susulan diambil di Malaysia.