Lorong kiri KM263.6 arah selatan dibuka semula selepas cerun disahkan selamat
Lorong kiri di KM263.6 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, kira-kira dua kilometer selepas Terowong Menora, dibuka semula kepada semua kenderaan bermula 1 tengah hari ini selepas cerun disahkan selamat. Ketua Polis Perak Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata kerja baik pulih cerun akan diteruskan. Tanah runtuh berlaku pada 4.30 petang semalam ketika hujan lebat, menyebabkan lorong itu ditutup sementara.