Khaled: Perkukuh daya tahan rakyat hadapi peperangan kognitif
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata daya tahan rakyat perlu diperkukuh sebagai komponen penting pertahanan negara dalam menghadapi ancaman keselamatan yang semakin kompleks, termasuk peperangan kognitif. Berucap pada sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2026, beliau turut menyatakan keputusan mengenai cadangan menaikkan had umur keahlian Puteri UMNO akan dibuat selepas pilihan raya umum akan datang.