Keluarga pendaki hilang di Nepal gesa SMART teruskan SAR
Keluarga Muhammad Muhaimin Azhad Noor Hadi, 27, yang hilang dalam banjir di Langtang Valley, Nepal sejak 26 Ogos, kecewa kerana pasukan SMART dijangka pulang ke Malaysia. Bapanya, Noor Hadi Mohd Hassan, 62, berkata mereka tidak diberitahu bagaimana operasi mencari dijalankan dan merayu kerajaan meneruskan usaha pencarian. Beliau ditemui di rumahnya di Taman Tun Sardon, Georgetown.