Anak Pulau Semakau risau pembangunan jejas alam marin
Bekas penduduk Pulau Semakau, Encik Mohamad Yusof Tisari, meluahkan kebimbangan bahawa keindahan alam dan kehidupan marin pulau itu akan terjejas akibat projek pembangunan yang diumumkan Perdana Menteri Lawrence Wong. Beliau yang pernah berpindah dari Pulau Bukom ke Pulau Semakau sewaktu kecil melihat situasi itu sebagai 'deja vu' dan merindui ketenangan kehidupan pulau.