Bacaan API Selangor pulih, Sarawak masih tidak sihat
Kualiti udara di Selangor pulih pada pagi Ahad, dengan semua enam stesen pemantauan mencatat bacaan API sederhana. Johan Setia tertinggi pada 95, manakala Kuala Selangor terendah pada 65. Namun, lima lokasi di Sarawak masih pada tahap tidak sihat, dengan IPD Serian mencatat 189.