UMNO Kedah runding tidak rasmi dengan PAS, isyarat WAWASAN dianggap parti kucing
Pendirian UMNO Kedah berunding secara tidak rasmi dengan PAS dilihat sebagai strategi mengelak rundingan terus dengan Perikatan Nasional, menurut pensyarah sains politik Universiti Malaya Dr Mohammad Tawfik Yaakub. Beliau berkata istilah 'parti kucing' itu dipercayai merujuk kepada Parti Wawasan Negara yang menyertai PN selepas penjenamaan semula Parti Cinta Malaysia, dan penggunaannya boleh menimbulkan ketegangan dalam PN jika rundingan UMNO-PAS berkembang kepada kerjasama pilihan raya.