Lima daerah catat IPU tidak sihat, Johan Setia naik ke 123
Setakat 5 petang tadi, lima daerah di seluruh negara mencatat Indeks Pencemaran Udara pada tahap tidak sihat, satu lebih banyak berbanding 7 pagi, iaitu Johan Setia di Selangor (123). Sarawak masih mempunyai empat daerah tidak sihat: Serian (173), Sri Aman (163), Kuching (155) dan Samarahan (153). Sebanyak 56 daerah lain pada tahap sederhana dan tujuh pada tahap baik.