Sarawak rancang tambak laut luaskan Pelabuhan Miri, kata Abang Johari
Saluran 122
Kerajaan Sarawak merancang meluaskan Pelabuhan Miri melalui kerja tambak laut dan kejuruteraan bagi mengatasi kekangan ruang darat. Premier Abang Johari berkata pada majlis pembukaan mesyuarat khas PBB Zon Utara di Stadium Tertutup Miri bahawa kerja tambak perlu digabung dengan teknologi dan kajian hidrologi untuk mengawal mendapan dan mengekalkan kedalaman laluan kapal. Katanya, peluasan itu akan meningkatkan tempat berlabuh dan aktiviti perdagangan serta menjana ekonomi wilayah.