Anwar bertemu Mufti Besar India di Jamia Markaz, Calicut
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan kira-kira sejam dengan Mufti Besar India Sheikh Abubakr Ahmad di Markazu Saquafathi Sunniya (Jamia Markaz) di Calicut, Kerala, selepas menghadiri Sidang Kemuncak BRICS ke-18 di New Delhi. Mereka bertukar pandangan mengenai pembangunan masyarakat, pendidikan dan keharmonian antara agama. Anwar tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Calicut pada 4.56 petang waktu tempatan dalam rangka lawatan kerja lima hari ke India.