Lapan kawasan catat IPU tidak sihat pagi ini
Lapan kawasan di Malaysia merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 7 pagi ini. Tiga kawasan di Sarawak terjejas manakala lima lagi di Semenanjung termasuk Johan Setia, Cheras, Nilai, Seremban dan Putrajaya. Sebanyak 58 lokasi mencatat IPU sederhana dan dua lokasi mencatat kualiti udara baik.