Jamil Khir mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan lupus RM860.3 juta TH kepada Al-Rawda
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Jamil Khir Baharom didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tiga pertuduhan menyebabkan Lembaga Tabung Haji melupuskan RM860.3 juta kepada syarikat Arab Saudi Al-Rawda Real Estate Development and Projects Management Co Ltd. Beliau mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Rosli Ahmad. Kesalahan didakwa dilakukan di pejabat menteri di Putrajaya pada 2015, 2016 dan 2017 di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan.