Pas desak kerajaan jelaskan penangguhan pengampunan Najib
Pas menuntut kerajaan menjelaskan mengapa permohonan pengampunan Datuk Seri Najib Razak ditangguhkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 Jumaat lalu. Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan, berkata penangguhan itu tidak akan berlaku sendiri tanpa arahan atau bantahan pihak tertentu. Mesyuarat bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya itu dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, yang turut berkenan membebaskan 65 banduan pada 11 September 2026.