SUHAKAM minta Perak teliti semula insentif perkahwinan
Pesuruhjaya Kanak-Kanak SUHAKAM menggesa Kerajaan Negeri Perak meneliti semula cadangan insentif perkahwinan pertama RM500 bagi mereka berumur 15 hingga 35 tahun, kerana bimbang ia boleh dianggap menyokong perkahwinan kanak-kanak. Beliau mencadangkan had umur 18 tahun ke atas dan menaikkan umur minimum perkahwinan bagi umat Islam di negeri itu.