'Ada orang ingat kami tiada kereta dan golongan asnaf'
Sekeluarga dari Taman Kobena, Seremban, menunggang motosikal ke Dataran Putrajaya untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan ke-69. Ibu, Aznira Zakaria, berkongsi kisah perjalanan mereka di media sosial yang tular kerana sesetengah netizen menyangka mereka miskin. Dia menjelaskan mereka sekadar mahu mencipta memori bersama anak-anak.