47 pegawai HASiL sertai perarakan Hari Kebangsaan ke-69
Seramai 47 pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) menyertai perarakan Hari Kebangsaan ke-69 di Dataran Putrajaya. Penyertaan ini adalah untuk menunjukkan komitmen warga HASiL dan menyampaikan mesej bahawa tanggungjawab percukaian adalah sebahagian daripada sumbangan bersama dalam pembangunan negara.